Saturday, January 8, 2011

Terkenang Semasa Dulu


Apabila membaca berita suratkhabar Penyebar Fikiran S&&%an mengenai konflik lantikan SS di sebuah negeri....menyebabkan aku terkenang semasa dulu....


Sesungguhnya bumi ini berputar...dan tetap akan berputar sehingga hari kiamat. Dulu semasa berlaku krisis perlembagaan di antara kerajaan dan raja....aku dengan sahabatku di UTM KL setiap malam minggu akan ke Taman Melewar untuk mendengar ceramah-ceramah terkini. Menaiki motor bersama Firdaus menyusuri lorong-lorong Kg Sungai Balang untuk mengelakan jammed. Susahnya nak mencari tempat parking dan tempat duduk sebab tempat duduk dalam dewan terhad.
Sekarang ni... apabila dah bekerja.. payah sungguh nak pergi dengar ceramah... Disebabkan isu SS ni... pada 9 Januari 2011 ini akan diadakan Ceramah Perdana di Shah Alam. Zaman berubah... ceramah akan diadakan di Stadium. Ada penghawa dingin lagi. Jom ke sana untuk mengembalikan nostalgia lama. Tapi Firdaus di Qatar..tengok youtube aje la...Masa berubah..zaman berubah. Terkenang semasa dulu...

No comments: