Sunday, April 13, 2008

MCA Dedah Siapa Di Belakang Projek babi

MCA dedahkan Melayu, Umno terlibat dibelakang projek babi


Oleh Malaysiakini
Isnin, 14 April 2008
SYARIKAT bumiputera terlibat dalam projek penternakan babi yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata MCA.

"Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut"
Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.
Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.
Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.
Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Isu Babi - PAS akan temui Rakyat

PAS akan mengadakan perbincangan dengan penduduk negeri Selangor bagi mendapat maklum balas mengenai projek ternakan babi bersepadu yang akan dilaksanakan secara moden di negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata perbincangan itu diadakan untuk mencapai penyelesaian terbaik mengenai isu yang berbangkit antara kedua-dua pihak. "Dewan Pemuda yang mengadakan mesyuarat hari ini mencadangkan tiga opsyen kepada penduduk negeri Selangor untuk membuat pilihan dan menyuarakan pandangan mereka," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. Menurut laporan Bernama, opsyen pertama mencadangkan penternakan babi yang dimiliki oleh 300 pengusaha babi kecil-kecilan itu, dibiarkan dengan berlaku pencemaran alam sekitar tanpa melibatkan apa-apa tindakan. Opsyen kedua pula tidak membenarkan ladang babi diwujudkan dalam negara seperti negara Singapura manakala opsyen ketiga dengan mewujudkan satu pusat penternakan babi secara teknologi moden yang paling canggih seperti New Zealand dan Jerman.Salahuddin berkata penternakan secara teknologi canggih itu akan meningkatkan pendapatan pengusaha kecil yang akan menjamin kebersihan dan hak orang bukan Islam mendapat bekalan babi dipenuhi. "PAS akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan pandangan rakyat dan berkempen untuk buat rakyat faham. "Saya yakin penduduk Selangor tidak akan menolak pelaksanaan ini dan dengan adanya siri penerangan secara baik untuk mendapat jawapan yang baik, rakyat harus buat satu pilihan," katanya. Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan projek itu kerana penternakan sedia ada yang mengikut kaedah lama di kawasan itu mengakibatkan bau busuk, dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai seperti ancaman virus JE. Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyambut baik keputusan cadangan memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dan pembubaran itu juga perlu dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat termasuk di Kelantan.